Menghubungkan Kenangan Lama ke Dunia Digital

Infra Imej Digital Solutions membantu anda memelihara kenangan, sejarah dan bahan media lama melalui perkhidmatan pendigitalan, pemulihan dan pemprosesan imej serta video.

Kami menghubungkan era analog dengan teknologi digital supaya bahan berharga anda dapat disimpan, diakses dan dinikmati untuk generasi akan datang.

Perkhidmatan Utama Kami

VHS / VHS-C / Video 8 / Mini DV

Kami membantu menukarkan rakaman lama daripada pita VHS, VHS-C, Video 8 dan Mini DV kepada format digital.

Sama ada rakaman keluarga, majlis perkahwinan, hari perayaan atau kenangan zaman dahulu, kami akan cuba menyelamatkan kandungan pita anda supaya boleh ditonton semula dengan lebih mudah.

Jangan Buang Pita Lama Anda!

Pita yang berhabuk, berkulat, rosak atau putus masih berkemungkinan untuk diselamatkan. Kami menyediakan pemeriksaan dan percubaan pemulihan asas secara percuma, bergantung kepada keadaan pita.

Tiada jaminan rakaman dapat dipulihkan sepenuhnya, tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan kenangan anda.

Akan Menyusul / Coming Soon

  • Betacam SP
  • Betamax
  • DV

VCD / DVD

Sama ada rakaman keluarga, majlis perkahwinan, hari perayaan atau kenangan zaman dahulu, kami akan cuba menyelamatkan kandungan pita anda supaya boleh ditonton semula dengan lebih mudah.

Kami menyediakan perkhidmatan pemindahan kandungan VCD dan DVD kepada format digital, bergantung kepada keadaan cakera dan peralatan yang diperlukan.

Imbasan & Pemulihan Foto

Pengenalan servis

Kami menyediakan perkhidmatan imbasan dan pendigitalan foto lama, negatif filem serta slaid kepada format digital. Sesuai untuk menyimpan, mengarkib dan menghidupkan semula kenangan berharga yang tersimpan dalam bentuk fizikal.

Pemulihan foto

Foto lama yang pudar, bertukar warna, mempunyai calar atau mengalami kerosakan ringan boleh dipertingkatkan melalui proses pemulihan digital. Kami berusaha mengembalikan penampilan foto agar kenangan lama dapat dinikmati semula, bergantung kepada keadaan dan kualiti bahan asal.

Pemulihan Data & Media Lama

Kami membantu mendapatkan semula dan memindahkan data daripada media penyimpanan lama seperti disket 5.25 inci, disket 3.5 inci, Memory Stick, dan pelbagai media digital terdahulu, bergantung kepada keadaan bahan serta keserasian peralatan yang diperlukan.

Bahan lama yang menyimpan dokumen, gambar, rakaman atau fail penting mungkin masih boleh diakses walaupun teknologi asalnya sudah jarang digunakan. Kami berusaha membantu anda mendapatkan semula kandungan tersebut untuk disimpan dalam format digital yang lebih mudah digunakan dan diuruskan.

Akan Menyusul / Coming Soon

Kad P2 dan media profesional terpilih.Media lama lain yang memerlukan peralatan khusus

Misi Menyelamatkan Kenangan

Banyak pita lama disimpan bertahun-tahun sehingga berhabuk, berkulat, putus atau mengalami kerosakan. Ada yang akhirnya dibuang kerana dianggap sudah tidak boleh digunakan.

Di Infra Imej, kami percaya setiap rakaman mempunyai nilai dan kenangan tersendiri. Kami akan cuba memeriksa dan menyelamatkan kandungan pita anda berdasarkan keadaan fizikal dan kualiti rakaman tersebut.

Jangan buang pita lama anda. Biar kami cuba selamatkan kenangan anda.

Pemeriksaan dan usaha menyelamatkan pita video lama di Infra Imej

Bagaimana Proses Kami Berjalan

1. Hubungi Kami

Pelanggan menghubungi Infra Imej melalui WhatsApp atau saluran yang tersedia.

2. Pemeriksaan Pita

Kami memeriksa keadaan fizikal pita dan menilai kemungkinan untuk diproses.

3. Proses Pendigitalan

Rakaman dipindahkan daripada pita kepada format digital menggunakan peralatan dan kaedah yang tersedia.

4. Serahan Digital

Fail digital diserahkan kepada pelanggan melalui kaedah yang dipersetujui.

Ada Pita Lama Yang Ingin Diselamatkan?

Jangan buang pita lama anda walaupun berhabuk, berkulat atau mengalami kerosakan. Kami akan cuba memeriksa dan menyelamatkan rakaman berdasarkan keadaan pita tersebut. Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang proses dan perkhidmatan yang tersedia.