Tentang Kami
Infra Imej Digital Solutions ialah sebuah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan pendigitalan, pemulihan dan pemeliharaan bahan analog serta media lama.
Kami membantu pelanggan mengekalkan koleksi lama seperti pita video, foto, slaid, negatif dan media digital supaya bahan tersebut dapat disimpan dan diakses dalam bentuk digital.
Kami memahami bahawa setiap bahan lama mempunyai nilai tersendiri, sama ada kenangan keluarga, dokumentasi peribadi, bahan organisasi atau rekod sejarah.
Oleh itu, setiap bahan akan dikendalikan dengan teliti berdasarkan jenis media, keadaan fizikal dan keperluan proses yang bersesuaian.
Kami sentiasa berusaha mengembangkan peralatan, kemahiran dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pendigitalan pelanggan secara berperingkat.
Komitmen Kami
Kami komited untuk mengendalikan setiap bahan pelanggan dengan penuh perhatian, ketelitian dan rasa tanggungjawab.
Kami akan menerangkan keadaan bahan, proses yang sesuai serta sebarang batasan yang mungkin berlaku sebelum kerja dijalankan.
Setiap usaha pemulihan dan pendigitalan dilakukan berdasarkan kemampuan peralatan, keadaan media asal dan keperluan pelanggan.
Matlamat kami adalah membantu memelihara bahan lama supaya nilai kenangan, maklumat dan sejarahnya dapat terus dikekalkan untuk masa hadapan.